Kronologi Cinta | CENSERVE IIUM

[postlink] http://censervetvofficial.blogspot.com/2013/04/kronologi-cinta-censerve-iium.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=fM7S6cLcxpYendofvid
[starttext]
a moment production adalah satu produksi video di bawah naungan CENSERVE TV. Video 'a moment' ini merupakan video yang dirakam khas dengan suntingan penuh untuk sesebuah program.

Program yang pertama mendapat sentuhan a moment production ini adalah program Kronologi Cinta yang berlangsung Oktober tahun lalu di mana pementasan drama yang bertema islamic theater ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Teater ini diilhamkan oleh alumni Quranic Youth Club (QYC) UIAM dan berjaya direalisasikan oleh para ahli QYC dengan cukup berkesan.

Kronologi Cinta ini merupakan teater yang mengangkat tema pro & kontra perkahwinan sewaktu umur muda dan masih dalam pengajian. Di sini, para tetamu akan diisi dengan dialog-dialog yang meninggalkan kesan yang mendalam dan membuatkan penonton berfikir tentang perkara ini.

Walau bagaimana pun, setiap babak tidak berjaya dirakam oleh jurukamera. Cuma babak-babak yang dirasa cukup penting sahaja berjaya dirakam. Namun selain berkongsi kepada semua, video ini cumalah sebagai tanda penghargaan dan kenangan yang terindah buat semua para ahli jawatankuasa yang terlibat dengan pementasan teater ini.

Pihak CENSERVE TV mengucapkan selamat menonton dan memohon maaf sekiranya berlaku sebarang masalah audio dan sebagainya di atas kekurangan alat.

http://quranicyouthclub.com/
http://iium.edu.my/censerve/
[endtext]
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CENSERVE TV Video Gallery - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger