Selamat Datang ke Galeri Video Projek CENSERVE UIAM
Showing posts with label CENSERVE TV. Show all posts
Showing posts with label CENSERVE TV. Show all posts

Teaser Leadership & Spiritual Camp 2013

[postlink] http://censervetvofficial.blogspot.com/2013/04/teaser-leadership-spiritual-camp-2013.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=IfYdvJSDqKIendofvid
[starttext]
LEADS 2013 bakal menerjah para sukarelawan CENSERVE pada 12-14 April ini. Konsep perkhemahan kita kali ini bakal menghimpunkan seramai 150 orang terdiri daripada sukarelawan Gombak dan Kuantan serta kakitangan.

Jangan lupa semua dan selamat menonton video ini. Tempat seperti mana yg ditunjukkan dalam video di atas adalah di Kem Penor, Pekan, Pahang.
[endtext]

Jalinan Mawaddah Kg. (OA) Pos Pelantok UPSI | UIAM

[postlink] http://censervetvofficial.blogspot.com/2013/04/jalinan-mawaddah-kg-oa-pos-pelantok.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=WbOJoaV7uDcendofvid
[starttext]
16-18 November yang lalu menyaksikan kerjasama mantap antara Kolej Aminuddin Baki (KAB), UPSI dan COMRADE UIAM dalam Program Jalinan Mawaddah UPSI | UIAM di Pos Pelantok, Sg. Siput Perak.

Program 3 hari 2 malam ini diadakan adalah bertujuan melengkapkan lagi Jelajah Transformasi KPT anjuran UPSI di mana UMP, UITM, dan UTP turut melibatkan diri bersama-sama UPSI di dalam program masing-masing. UIAM pula terlibat di dalam Program Jalinan Mawaddah.

Pengarah Program UPSI: Siti Shazmi Laila
Pengarah Program COMRADE: Zulfaqar Amshaqiq

Penasihat bersama: Lotfi Amir, Pegawai CENSERVE

http://www.iium.edu.my/censerve
[endtext]

Dokumentari Projek Mahabbah Aidiladha | CENSERVE IIUM

[postlink] http://censervetvofficial.blogspot.com/2013/04/dokumentari-projek-aidiladha-kg-susu.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=l5EWDRrVNj0endofvid
[starttext]
Dokumentari ini sudah pun diupload pada tahun yang lalu namun dalam bentuk 4 siri video. Kini, pihal admin CENSERVE TV telah menggabungkan kesemua siri video dokumentari ini menjadi satu.

Program ini dijalankan pada tahun 2009, di mana Kelab COMRADE berjaya menumbangkan 3 ekor lembu yang dibawa daripada Gua Musang, Kelantan (lantaran rancangan asal program ini septautnya dijalankan di Kelantan).

Pengarah program ini adalah Mohd Shazni Abdullah, yang kini sedang bekerja dengan badan sukarelawan PKPIM, ABIM dan juga GPTD. Hampir separuh kini berada di tahun akhir UIAM dan yang lainya sudah pun bergelar graduan UIAM.

Video ini diupload kembali adalah untuk berkongsi kepada semua, bahawa UIAM, tanpa pihak teringgi, pelajarnya mampu untuk menumbangkan 3 ekor lembu, mampu untuk tinggal bercuti di perkampungan Orang Asli selama seminggu, dan seterusnya mampu untuk berkorban masa dan tenaga demi ummah yang tercinta. Kelab ini tidak cuma tertumpu di sini sahaja, setiap cuti semester 6-10 hari menjadi hari yang ditunggu oleh para sukarelawan untuk merasai pengalaman yang cukup berharga.

Selamat menonton.

Projek Mahabbah Aidiadha 2009
Kg. Susu, Cameron Highlands.
[endtext]

Kronologi Cinta | CENSERVE IIUM

[postlink] http://censervetvofficial.blogspot.com/2013/04/kronologi-cinta-censerve-iium.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=fM7S6cLcxpYendofvid
[starttext]
a moment production adalah satu produksi video di bawah naungan CENSERVE TV. Video 'a moment' ini merupakan video yang dirakam khas dengan suntingan penuh untuk sesebuah program.

Program yang pertama mendapat sentuhan a moment production ini adalah program Kronologi Cinta yang berlangsung Oktober tahun lalu di mana pementasan drama yang bertema islamic theater ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Teater ini diilhamkan oleh alumni Quranic Youth Club (QYC) UIAM dan berjaya direalisasikan oleh para ahli QYC dengan cukup berkesan.

Kronologi Cinta ini merupakan teater yang mengangkat tema pro & kontra perkahwinan sewaktu umur muda dan masih dalam pengajian. Di sini, para tetamu akan diisi dengan dialog-dialog yang meninggalkan kesan yang mendalam dan membuatkan penonton berfikir tentang perkara ini.

Walau bagaimana pun, setiap babak tidak berjaya dirakam oleh jurukamera. Cuma babak-babak yang dirasa cukup penting sahaja berjaya dirakam. Namun selain berkongsi kepada semua, video ini cumalah sebagai tanda penghargaan dan kenangan yang terindah buat semua para ahli jawatankuasa yang terlibat dengan pementasan teater ini.

Pihak CENSERVE TV mengucapkan selamat menonton dan memohon maaf sekiranya berlaku sebarang masalah audio dan sebagainya di atas kekurangan alat.

http://quranicyouthclub.com/
http://iium.edu.my/censerve/
[endtext]

IIUM Save Energy Campaign | CENSERVE

[postlink] http://censervetvofficial.blogspot.com/2013/04/iium-save-energy-campaign-censerve.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=rstDsbzMo6kendofvid
[starttext]
Kempen ini bermula pada tahun lepas lagi. Demi UNIVERISITI, marilah kita sebarkan video ini agar setiap kebaikan kita akan memberikan 1001 manfaat kepada universiti kita.

Save Energy Campaign ini bermula di atas usaha Rektor mewujudkan Knowledge Virtue Camp 2011. Di atas keprihatinan CENSERVE mengenai isu PEMBAZIRAN penggunaan ELEKTRIK di universiti di mana BIL yang agak tinggi yang harus dilangsaikan oleh universiti, maka kempen ini diadakan.

Jadi, JANGAN berhenti untuk melaksanakan tanggungjawab kita! Universiti kita, Tanggungjawab Kita! Mari kita sokong kempen ini di Mahallah kalian, Kulliyyah, Kelas-kelas dan juga pejabat anda!

Mulakan sekarang!

http://iium.edu.my/censerve
http://censerveiium.net
Tak! (Tutup suis lampu andai sudah tidak digunakan)
[endtext]

Motivasi RESILIA | Permata Fitrah

[postlink] http://censervetvofficial.blogspot.com/2013/04/motivasi-resilia-permata-fitrah.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=CqVTS9PAc08endofvid
[starttext]
Motivasi RESILIA diolah sukarelawan RESILIA UIAM, kumpulan yang membantu para remaja mengenal Tuhan, agama, dan Tanggungjawab.

Idea: Tahir, RESILIA Team
Olahan: Tahir, RESILIA Team
Skrip: Tahir, RESILIA Team

http://myresilia.com
http://iium.edu.my/censerve
[endtext]

Asli Summer Camp: Suasana Raya TEBU

[postlink] http://censervetvofficial.blogspot.com/2013/04/asli-summer-camp-suasana-raya-tebu.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=AuapcNcNAkwendofvid
[starttext]
Asli Summer Camp anjuran COMRADE ini ditaja sepenuhnya oleh DANA BELIA 1 Malaysia (1MDB). Program yang ini membawa penduduk asli dari Kg Teji, Abu, Senangkar, Cameron Highlands ke Kuala Lumpur dan UIAM bagi tujuan pendedahan kepada mereka dengan dunia pendidikan dan arus kejayaan.

Video ini pula adalah pengalaman peserta SUMMER CAMP berhari raya di Kampung Teji dan Abu (TEBU). Tontonilah kemeriahan mereka bneraya bersama penduduk asli di Cameron Highlands!
[endtext]
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CENSERVE TV Video Gallery - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger