LATAR BELAKANG CENSERVE TV

CENSERVE TV direalisasikan oleh Saudara Razali Sudin, Sukarelawan CENSERVE pada 8 April 2011. Pada waktu itu, hanya beberapa video berkonsepkan 'Talkshow' dan video-video rakaman ceramah motivasi. Di antara talkshow pertama keluaran CENSERVE adalah Bual Bicara CENSERVE bersama Mujahid Rindu (nama komersial pertama Razali) dan sukarelawan jemputan adalah para komiti Program Masuk kampung Orang Asal, Kg Teji & Abu selama 10 hari, yang dianjurkan oleh kelab COMRADE.

Kemudian CENSERVE TV meneruskan rancangannay dengan memperkenalkan Dunia CENSERVE berkonsepkan majalah. Pengacara pada waktu itu adalah saudara Amirul Salihan, daripada kelab CARING. Jurukameranya adalah saudara Razali sendiri dan sudara Amzar Salleh (Kelab Inspire). Dunia CENSERVE yang pertama mendapat reaksi positif oleh kakitangan CENSERVE dan juga beberapa kenalan, maka Dunia CENSERVE ke-2 muncul dengan sedikit kelainan iaitu menjemput tetamu pilihan episod berkenaan, iaitu saudari Fatin Nadzirah, Timbalan Presiden Kelab Inspire & pengerusi Projek RESILIA.



Logo lama
Dunia CENSERVE tidak berhenti setakat itu sahaja, pada awal 2013, rancangan ini menggabungkan konsep majalah dan talkshow bagi meraikan tahun baru serta pimpinan 2012, di mana tetamu ketika itu merupakan bekas-bekas presiden tahun sebelum itu. Episod ke-3 Dunia CENSERVE diceriakan dengan penampilan pengacara jemputan iaitu saudara Razali Sudin.

Sebelum itu, pada tahun 2012, Jalan-jalan Cari CENSERVE (JJCC)diperkenalkan kepada khalayak. Rancangan yang berkonsepkan 'terjah' ini merupakan rancangan yang dikelolakan sendiri oleh Razali Sudin dan alhamdulillah, dengan dibantu jurukamera-jurukamera sambilan, sebanyak 6 episod berjaya dirakamkan dengan penceritaan yang berbeza.

Kini, CENSERVE TV banyak mengongsikan video-video projek yang dihasilkan seperti video promo program, video khas Malam Kemanusiaan CENSERVE serta video-video projek pilihan. Rancangan yang bercorak santai seperti pada tahun sebelumnya diberhentikan seketika demi memberikan laluan kepada video-video bercorakkan aktiviti dan projek untuk tatapan umum.

Program-program lain yang pernah dibawa oleh CENSERVE TV adalah, A Moment, Berita CENSERVE, CENSERVE on Stage dan Diari CENSERVE.

Di harap CENSERVE TV mampu memberikan manfaat kepada semua, dan inshaa Allah, CENSERVE TV akan berusaha untuk memantapkan lagi video-video bagi berkongsi kepada semua mengenai segala projek yang dikelolakan oleh CENSERVE. Terima kasih kerana 'subscribe' youtube kami, dan teruskan menyokong CENSERVE TV. Yang sentiasamenonton rancangan kami, kami ucapkan selamat menonton.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CENSERVE TV Video Gallery - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger