Dokumentari Projek Mahabbah Aidiladha | CENSERVE IIUM

[postlink] http://censervetvofficial.blogspot.com/2013/04/dokumentari-projek-aidiladha-kg-susu.html[/postlink] http://www.youtube.com/watch?v=l5EWDRrVNj0endofvid
[starttext]
Dokumentari ini sudah pun diupload pada tahun yang lalu namun dalam bentuk 4 siri video. Kini, pihal admin CENSERVE TV telah menggabungkan kesemua siri video dokumentari ini menjadi satu.

Program ini dijalankan pada tahun 2009, di mana Kelab COMRADE berjaya menumbangkan 3 ekor lembu yang dibawa daripada Gua Musang, Kelantan (lantaran rancangan asal program ini septautnya dijalankan di Kelantan).

Pengarah program ini adalah Mohd Shazni Abdullah, yang kini sedang bekerja dengan badan sukarelawan PKPIM, ABIM dan juga GPTD. Hampir separuh kini berada di tahun akhir UIAM dan yang lainya sudah pun bergelar graduan UIAM.

Video ini diupload kembali adalah untuk berkongsi kepada semua, bahawa UIAM, tanpa pihak teringgi, pelajarnya mampu untuk menumbangkan 3 ekor lembu, mampu untuk tinggal bercuti di perkampungan Orang Asli selama seminggu, dan seterusnya mampu untuk berkorban masa dan tenaga demi ummah yang tercinta. Kelab ini tidak cuma tertumpu di sini sahaja, setiap cuti semester 6-10 hari menjadi hari yang ditunggu oleh para sukarelawan untuk merasai pengalaman yang cukup berharga.

Selamat menonton.

Projek Mahabbah Aidiadha 2009
Kg. Susu, Cameron Highlands.
[endtext]
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. CENSERVE TV Video Gallery - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger